Lebih 400 Juta Tweet Dihantar Setiap Hari Pada Twitter

Lebih 400 Juta Tweet Dihantar Setiap Hari Pada Twitter

Diterbitkan pada June 7, 2012 oleh .

Twitter seperti semua sedia maklum, kini telah menjadi salah satu medium komunikasi utama. Kini, ia dilihat lebih daripada 400 juta Tweet dihantar setiap hari melalui platform tersebut, memperlihatkan peningkatan sebanyak 60 juta berbanding bulan lepas.

Platform sosial yang menawarkan perkongsian dalam bentuk 140 aksara itu kian menjadi popular dari hari ke hari, dimana bukan sahaja popular dikalangan web, tetapi dengan pelbagai aktiviti yang diadakan diseluruh dunia, ia turut menjadi salah satu platform yang penting pada hari ini.

Walaubagaimanapun, angka pengguna aktif Twitter masih belum dikeluarkan ataupun diumumkan pihak Twitter buat masa ini.

Sebelum ini, pada awal pagi tadi, pihak Twitter turut mengeluarkan dan mengumumkan penggunaan rekabentuk baru logo Twitter mereka.


TIPS & ULASAN