Adakah Ini Apple iOS 6?

Adakah Ini Apple iOS 6?

Diterbitkan pada June 7, 2012 oleh .

Dengan amaun ura-ura yang tersebar di arena internet berkenaan dengan Apple, ianya kadangkala agak sukar untuk mempercayai sesuatu perkara baru yang hadir di alam maya ini. Dan terkini, salah satu video diterbitkan di YouTube, mengatakan ianya menjalankan iOS 6 Beta, sekaligus memperlihatkan pelbagai fungsi baru padanya.

Melalui video tersebut, ia diperlihatkan yang mana sebuah aplikasi baru hadir padanya, dinamakan sebagai iStore, mengabungkan iTunes dan AppStore pada satu aplikasi, selain turut membawakan beberapa perkara daripada OS X. Antaranya termasuklah aplikasi Dictionary dan juga sokongan carian dengan integrasi pelbagai perkara tambahan seperti carian dan sebagainya, lebih kurang seperti Spotlight pada OS X.

Beberapa perubahan lain termasuklah lah aplikasi peta yang ditambah-baik, dan tidak menggunakan Google Maps, selain turut didatangkan dengan sokongan multi-tasking yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, seperti biasa, ramai yang tidak percaya akannya sebagai iOS 6, dan melabelkannya sebagai sebuah video iOS 6 yang palsu.


TIPS & ULASAN