Setelah memperkenalkan Facebook App Center pada bulan lepas, hari ini, pihak pembangun Facebook secara rasminya telah pun melancarkan App Center, sekaligus membolehkan para pengguna menemui pelbagai aplikasi sosial yang diintegrasikan dengan Facebook padanya. Namun, buat masa ini ia hanya diperkenalkan kepada pengguna Amerika sahaja.
Menurut pihak Facebook, sokongan ini akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.
Menariknya mengenai Facebook App Center adalah dimana ia bukan sahaja dioptimasikan untuk pengguna desktop, tetapi turut sama dioptimasikan untuk pengguna peranti mudah-alih, membolehkan mereka menikmati pelbagai aplikasi Facebook terus pada peranti mudah-alih mereka.
Fungsi-fungsi asas yang lain, seperti membaca ulasan, dan melihat paparan antaramuka, serta sokongan menghantar aplikasi daripada desktop ke peranti mudah-alih turut didatangkan bersama-sama dengan Facebook App Center.
Hari ini terdapat lebih daripada 600 aplikasi pada Facebook App Center, dan semestinya dengan pengenalan App Center pada pelbagai negara, bilangan tersebut semestinya akan bertambah dari hari ke hari.