Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, kini semua pembangun bersiap-sedia dengan aplikasi yang dioptimasikan untuk antaramuka Metro, dan salah satunya adalah Google sendiri melalui Chrome. Terkini, Google mengatakan sokongan Chrome untuk Metro bakal diperkenalkan pada kemaskini Chrome Dev akan datang.

Melalui Chrome untuk Metro, ia membolehkan anda dengan mudah menggunakan pelayar web Chrome pada persekitaran desktop biasa dan juga Metro. Pada masa yang sama, ia juga membawakan sokongan pelbagai fungsi Windows 8 asas padanya, termasuk sokongan untuk Charm Bar, dna juga Snap View.

Walaubagaimanapun, Chrome tidak boleh dijalankan pada Windows RT, memandangkan platform tersebut dilihat hanya eksklusif untuk Internet Explorer sahaja buat masa ini.

Dengan Chrome untuk Metro yang akan hadir pada versi stabil dalam masa beberapa minggu lagi, mungkin kita akan dapat melihat sokongan Metro diadaptasi oleh lebih banyak pembangun dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd