Cari @ Amanz

Selain daripada pelayar web untuk peranti mudah-alih, Opera juga giat membangunkan aplikasi dan perisian untuk desktop, dimana terkini, mereka telah pun melancarkan Opera 12.00 RC, membolehkan para pengguna menguji terlebih dahulu sebelum versi akhirnya dilancarkan.

Melalui kemaskini ini, seperti biasa, ia membawakan sokongan untuk pelbagai platform, termasuk sokongan pelayar web 64-bit. Pada masa yang sama, ia turut membawakan sokongan prestasi yang lebih pantas berbanding sebelumnya, membolehkan para pengguna memulakan pelayar web mahupun restore tab dengan mudah.

Sokongan melihat hardware acceleration dengan mudah melalui akses kepada halaman about:gpu. Sokongan tema juga diperbaiki, menawarkan pemasangan lebih mudah, dan menambah latar belakang pada pelayar web terus melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba sendiri Opera 12.00 RC, sebelum versi akhirnya dilancarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd