Cari @ Amanz

Dengan pelbagai ura-ura berkenaan peranti dan sebagainya, kini timbul pula ura-ura baru mengatakan yang mana gergasi elektronika Samsung bakal membeli dan mengambil-alih syarikat pengeluar peranti mudah-alih terkemuka, Nokia.

Nokia akhir-akhir ini makin kekurangan populariti mereka, dengan mencuba nasib kembali dengan platform Windows Phone. Walaupun hadir dengan peranti tahan lasak dan juga dengan teknologi terkini, seperti kamera PureView dan sebagainya, mereka dilihat semakin ketinggalan dibelakang dengan saingan hebat daripada Samsung dan juga beberapa syarikat yang lain.

Seperti biasa, kedua-dua pihak, iaitu Samsung atau Nokia tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan dengannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd