Aplikasi Snake ’97 Mengembalikan Nostalgia Permainan Mudah-Alih

Aplikasi Snake ’97 Mengembalikan Nostalgia Permainan Mudah-Alih

Diterbitkan pada June 9, 2012 oleh .

Walaupun pada masa kini, permainan Angry Birds, Cut The Rope dan sebagainya popular, namun pada suatu ketika dahulu, permainan yang paling popular dikalangan pengguna peranti mudah-alih adalah permainan Snake. Menariknya, kini anda turut sama boleh memainkannya pada peranti pintar anda dengan mudah, melalui aplikasi Snake ’97.

Melalui permainan Snake ’97, ia membawakan kembali nostalgia permainan Snake yang popular pada suatu ketika dahulu, dimana ia turut membawakan rekabentuk peranti Nokia, membolehkan para pengguna mengawal menggunakan butang 2, 4, 6, dan juga 8. Sama seperti dengan yang yang asli, ia turut menawarkan sokongan hanya untuk melihat markah tertinggi sahaja.

Untuk makluman, permainan ini dibina semula oleh pelbagai pembangun dari seluruh dunia untuk platform popular seperti Android, iOS dan juga Windows Phone. Anda boleh melakukan carian Snake ’97 pada ruangan muat-turun aplikasi (AppStore, Google Play Store, mahupun Marketplace) dan memuat-turunnya dari sana.

Namun, untuk memudahkan anda, berikut merupakan beberapa cadangan daripada kami:


TIPS & ULASAN