Kemaskini Melalui Twitter Diintegrasikan Dengan Lebih Baik Pada Facebook

Kemaskini Melalui Twitter Diintegrasikan Dengan Lebih Baik Pada Facebook

Diterbitkan pada June 9, 2012 oleh .

Nampaknya, Twitter mempunyai kaedah tersendiri untuk mengelakkan pengguna meninggalkan laman mereka, disamping pada masa yang sama menarik pengguna baru ke laman mereka. Terkini, sokongan integrasi Twitter pada Facebook diperbaiki lagi, membolehkan para pengguna melihat gambar, video, pautan dan juga hashtag dengan mudah lagi pada Facebook.

Seperti sedia maklum, kebanyakkan pengguna mengintegrasikan akaun Twitter mereka ke Facebook, jadi apabila mereka mengemaskini Twitter, ia turut dikemaskini pada Facebook. Jikalau sebelum ini, pautan, gambar dan sebagainya yang dikongsikan hanya diperlihatkan dalam bentul URL sahaja, kini pihak Twitter menambah baik, dengan memperlihatkannya dalam bentuk thumbnail pada News Feed mahupun Timeline.

Walaupun ianya mungkin serba sebanyak menganggu penggunaan Facebook, dengan dipenuhi pelbagai hashtag dan pautan daripada Twitter, namun, ianya merupakan salah satu kaedah pemasaran yang baik oleh Twitter, disamping menarik para pengguna baru menggunakan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN