TaxiMonger Bakal Diintegrasikan Bersama Dengan Teknologi SecQ.me

TaxiMonger Bakal Diintegrasikan Bersama Dengan Teknologi SecQ.me

Diterbitkan pada June 10, 2012 oleh .

Dengan perlumbaan diantara penyedia perkhidmatan aplikasi tempahan teksi, kini TaxiMonger kelihatan bersama-sama dengan salah satu aplikasi yang memfokuskan kepada keselamatan, SecQ.me. Berita lanjut berkaitan dengan perkara ini dijangka akan diumumkan pembangunnya dalam bulan ini.

Untuk makluman, melalui SecQ.me, seperti pernah kami perlihatkan sebelum ini, ia menyediakan sebuah aplikasi ringkas, membolehkan anda menentukan lokasi yang dituju, dan memastikan anda tiba disesuatu lokasi dengan selamat. Pada masa yang sama, ia turut didatangkan dengan sokongan butang kecemasan, membolehkan anda menghantar mesej kecemasan kepada mereka yang terdekat (termasuk diintegrasikan kepada laman sosial).

Dengan kerjasama kedua-dua pembangun aplikasi ini, ia akan membolehkan mereka yang mengambil dan membuat tempahan melalui TaxiMonger tiba disesuatu lokasi dengan selamat. Pengumuman lanjut mengenai perkara ini dijangka akan diumumkan oleh TaxiMonger dalam bulan ini.

Selain daripada itu, ia juga diketahui yang mana TaxiMonger yang kini hanya ditawarkan untuk pengguna Android, bakal menambah tawaran mereka untuk pengguna iOS sekitar bulan Julai kelak, dan untuk pengguna BlackBerry dua bulan selepas itu.


TIPS & ULASAN