Cari @ Amanz

Instagram, sejak daripada sebelum pengambil-alihan oleh Facebook, merupakan salah satu komuniti yang aktif dalam perkongsian gambar, disamping aktif meninggalkan komen dan Like pada gambar. Menariknya, sekiranya sebelum ini memerlukan anda untuk menggunakan peranti pintar anda untuk melakukannya, kini sebagai alternatif, anda boleh melakukannya terus melalui pelayar web Chrome.

Seperti biasa, ia ditawarkan dalam sebuah aplikasi khas, dan boleh dipasang pada Chrome anda secara percuma, dengan hanya melayari Chrome WebStore.

Sebaik sahaja anda selesai memasangnya, sebuah ikon khas, iaitu ikon Instagram akan ditambah pada bahagian kanan bar URL. Untuk mula mengaksesnya, anda hanya perlu kliknya, dan untuk pertama kali, anda akan diminta untuk log masuk dan memberikan akses kepada Instagram.

Selesai memberikan akses, ia akan menarik semua kemaskini terkini, membolehkan anda melayari gambar-gambar yang dikongsikan rakan anda dengan mudah terus melaluinya. Anda juga boleh pada masa yang sama meninggalkan komen, dan “Like” sesuatu gambar terus melalui Chrome dengan memasang aplikasi ini.

Selain melihat gambar yang dikongsikan rakan-rakan anda, anda juga turut sama boleh mengakses halaman profil anda, serta melihat gambar-gambar popular di Instagram terus melalui aplikasi Chrome ini.

Jadi, sekiranya anda berminat dengannya, mungkin boleh memasangnya hari ini, dan memudahkan lagi untuk anda mengakses dan mengikuti kemaskini Instagram, dimana bukan sahaja pada peranti pintar, tetapi turut sama melalui pelayar web Chrome pada desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd