Cari @ Amanz

Dengan pengambil-alihan Meebo oleh Google tempoh hari, kini ia diumumkan yang mana pelbagai produk Meebo akan dihentikan perkhidmatannya bermula daripada 11 Julai kelak. Antara yang akan dihentikan adalah termasuk aplikasi Meebo untuk iPhone, Android dan Blackberry; Meebo Messenger, Meebo Me dan juga perkongsian pada Meebo.

Walaubagaimanapun, Meebo Bar yang dipasang pada kebanyakkan web akan terus beroperasi seperti biasa, dan menurut pembangunnya ia akan menerima pelbagai fungsi baru dan penaik-tarafan dalam minggu-minggu akan datang.

Bagi mereka yang berminat, dan aktif menggunakan Meebo, boleh memuat-turun log dan data berkaitan chat mereka terus daripada laman Meebo, disamping memadamkan akaun mereka daripada laman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd