Rovio Bekerjasama Dengan Activision – Angry Birds Akan Ke Konsol

Rovio Bekerjasama Dengan Activision – Angry Birds Akan Ke Konsol

Diterbitkan pada June 10, 2012 oleh .

Nampaknya, fenomena Angry Birds akan kekal berterusan, dimana kini Activision mengesahkan yang mana mereka bakal mengumumkan permainan terbaru Angry Birds yang dikhaskan untuk beberapa konsol seperti PlayStation 3 ataupun Xbox 360. Namun, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Daripada apa yang diketahui, Activision bersama-sama Rovio dijangka akan mengumumkan sesuatu berkaitan Angry Birds untuk konsol dalam beberapa minggu lagi. Ia diperkatakan, mereka bakal membawakan permainan tersebut dalam bentuk definisi tinggi untuk platform konsol.

Ia masih tidak diketahui sama ada ia akan membawakan bentuk permainan yang serupa ataupun sebaliknya. Tetapi, persoalannya, adakah para pemain akan terus kekal mengikuti permainan ini dalam pelbagai platform berbeza ataupun sebaliknya.

Selain daripada Angry Birds, Rovio juga dijangka bakal muncul dengan permainan baru untuk peranti mudah-alih, dinamakan sebagai Amazing Alex.


TIPS & ULASAN