Cari @ Amanz

Yes seperti sedia maklum merupakan salah satu perkhidmatan telekomunikasi popular di Malaysia, menawarkan kadar kelajuan internet mudah-alih paling pantas di Malaysia. Baru-baru ini, melalui Anugerah Frost & Sullivan Asia Pasifik yang diadakan di Singapura, mereka telah pun memenangi anugerah “Penyedia Perkhidmatan Paling Inovatif Sepanjang Tahun”.

Perkara ini, sekaligus meletakkan Yes dihadapan berbanding pelbagai penyedia telekomunikasi yang lain, bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara. Sebelum ini, Yes turut sama telah melancarkan telefon pintar Android mereka kepada pasaran Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan terus menikmati perkhidmatan Yes pada telefon pintar dengan mudah.

Pada masa yang sama, untuk bulan ini, Yes mensasarkan untuk mengadakan pertandingan permainan video antara pemain Malaysia, dimana ia bakal diadakan dengan kerjasama bersama pihak offGamers.

Pertandingan tersebut bakal diadakan di Plaza Sungei Wang di Kuala Lumpur daripada 22 Jun sehingga 24 Jun 2012 ini. Acara selama 3 hari itu bakal menyaksikan pelbagai permainan menarik dipertontonkan, disamping turut mengadakan pertandingan antara pemain yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd