Firefox 15 Aurora Membawakan Sokongan Mod Responsif Untuk Pembangun Web

Firefox 15 Aurora Membawakan Sokongan Mod Responsif Untuk Pembangun Web

Diterbitkan pada June 10, 2012 oleh .

Dengan era pembangunan web yang kini memfokuskan untuk mengoptimasikan laman untuk pelbagai saiz peranti, dan juga web-web berbentuk responsif, kini Mozilla turut sama memudahkan pembangun, dengan menyertakan menu khas pada pelayar web Firefox mereka.

Melalui menu untuk pembangun web, Mozilla kini menyertakan sokongan baru dinamakan “Responsive Mode” sekaligus membolehkan para pembangun web memilih saiz resolusi yang dikehendaki mereka, dan melihat kesannya terhadap web yang dibangunkan oleh mereka.

Perkara ini sekaligus memudahkan para pembangun web, dan tidak lagi perlu menguji secara berasingan pada pelbagai saiz skrin, sebaliknya boleh melakukannya terus melalui hanya pelayar web Firefox pada desktop.

Fungsi ini sedang diuji pada Firefox 15 Aurora, dan mungkin akan diperkenalkan pada versi Firefox 15 kelak. Namun, bagi anda yang berminat, boleh mengujinya sendiri hari ini dengan memuat-turun Firefox Aurora ataupun Firefox Nightly.


TIPS & ULASAN