Cari @ Amanz

Dengan WWDC yang bakal bermula esok, ura-ura mengenai pelancaran iOS 6 mula kedengaran lagi, dimana melalui beberapa pautan yang kelihatan, ia nampaknya Apple mungkin akan memperkenalkan iOS 6 Beta untuk para pembangun esok. Dan daripada apa yang kelihatan, ia tidak akan menyertakan sokongan untuk iPad generasi pertama.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini ia telah disahkan Apple bakal membuat pengumuman berkaitan dengan iOS 6, apatah lagi peralatan promosi untuknya, seperti banner telah pun dipasang di lokasi WWDC 2012.

Daripada pautan yang mula kelihatan hari ini, ia kelihatan iOS 6 kelak hanya akan diperkenalkan kepada pengguna iPad 2, iPad 3, iPod Touch 4, iPhone 3GS, iPhone 4, dan juga iPhone 4S.

Selain daripada itu, pada masa yang sama, ia juga kelihatan Apple bakal memperkenalkan Safari 6 Developer Preview esok untuk para pembangun.

Buat masa ini, ia masih lagi dikategorikan sebagai ura-ura, dan mungkin kita akan mendapat lebih banyak maklumat berkaitan dengannya esok. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd