Lebih Daripada 900,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Lebih Daripada 900,000 Peranti Android Diaktifkan Setiap Hari

Diterbitkan pada June 11, 2012 oleh .

Android semakin lama semakin meningkat popularitinya, dimana mengikut angka terkini yang diumumkan oleh Andy Rubin, sebanyak lebih daripada 900,000 peranti Android diaktifkan setiap hari di seluruh dunia buat masa ini.

Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak lebih daripada 50,000 peranti sejak bulan Februari yang lepas. Pada Mobile World Congress yang diadakan pada penghujung bulan Februari, Andy Rubin mengumumkan ketika itu, angka peranti baru yang diaktifkan adalah sekitar 850,000 peranti.

Mungkin pada Google I/O yang semakin dekat, kita akan dapat mendengar mengenai pelbagai statistik daripada pihak Google sendiri pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN