Cari @ Amanz

Twitter Memperkenalkan Halaman Hashtag Untuk Jenama

Oleh Aman

Link Copied!

Twitter boleh dikatakan kini semakin lama semakin meningkat popularitinya berbanding beberapa laman sosial yang lain. Salah satu kelebihan yang terdapat Twitter adalah kebolehan untuk sesiapa sahaja memulakan sebarang topik, melalui penggunaan hashtag padanya.

Nampaknya, kini Twitter mula menjadikan penggunaan hashtag pada laman mereka lebih menarik, dengan mengoptimasikannya untuk jenama. Salah satu laman yang aktif sejak awal minggu ini adalah halaman hashtag untuk #Nascar.

Melalui halaman yang disediakan itu, para pengguna dengan mudah boleh mengikuti pelbagai kemaskini semasa berkaitan Nascar dengan mudah, termasuk daripada gambar, video dan sebagainya.

Menariknya, laman hashtag tersebut mempunyai algoritma untuknya yang tersendiri, membolehkan hanya tweet-tweet yang benar-benar memfokuskan kepada topik yang dibincangkan padanya sahaja yang dikeluarkan pada laman tersebut, dan berbeza dengan carian biasa yang kita lakukan pada Twitter.

Mungkin ini salah satu perkara yang baik untuk Twitter, membolehkan mereka menjana pendapatan tambahan dengan menyediakan halaman khas untuk jenama, disamping turut berguna untuk para pengguna, membolehkan mereka mengikuti sesuatu topik dengan mudah dengan mengikuti hanya satu halaman sahaja.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh melihat contoh halaman hashtag yang disediakan untuk Nascar hari ini. Dan pada masa yang sama, apakah syarikat tempatan pertama yang bakal hadir dengan halaman hashtag mereka tersendiri di Twitter?


Komen ()