Cari @ Amanz

Peta minda merupakan salah satu cara pantas untuk mencatatkan nota, disamping memudahkan pemahamannya. Ianya sering berguna kepada para pelajar dalam memahami sesuatu perkara, disamping turut digunakan oleh pelbagai pegawai di pejabat dan sebagainya. Salah satu aplikasi yang memudahkan perkara ini adalah Mindomo.

Mindomo merupakan salah satu aplikasi membuat peta minda yang ditawarkan pada pelbagai platform, dimana bukan sahaja pada dekstop tetapi turut sama pada peranti mudah-alih anda iaitu pada iPad dan juga Android.

Apakah Itu Mindomo?

Mindomo merupakan salah satu aplikasi kolaborasi yang memfokuskan kepada peta minda. Melaluinya, ia menyediakan pelbagai fungsi asas dalam membina peta minda pada era digital ini, disamping pada masa yang sama berkolaborasi bersama-sama dengan rakan anda dalam membangunkan sesuatu peta minda.

Memandangkan peta minda merupakan salah satu perkara yang memudahkan anda memfokuskan kepada sesuatu perkara dengan pelbagai isi-isi penting, maka Mindomo boleh dikatakan sebagai salah satu aplikasi yang amat berguna kepada semua.

Sokongan Platform

Mindomo sedia ditawarkan melalui web, selain turut diintegrasikan pada Google Apps. Aplikasi desktopnya turut menyokong pengguna Windows, Mac OS X, dan juga Linux melalui pengguna Adobe Air. Ia turut sama boleh digunakan secara luar-talian, dan sync dengan web apabila anda online.

Selain daripada desktop, ia turut didatangkan dan diperkenalkan untuk pengguna iPad dan juga Android pada bulan lepas, membolehkan anda membina sesuatu peta minda dengan lebih mudah dan pantas ketika bergerak.

Fungsi-Fungsi Menarik

Perkara utama yang membuatkan ramai tertarik pada Mindomo adalah semestinya kerana ianya percuma. Selain daripada itu, ia menyediakan sebuah platform khas untuk pengguna membina peta minda dengan pantas dan mudah, disamping menggunakan rekabentuk yang professional.

Melalui Mindomo, para pengguna boleh memilih pelbagai rekabentuk tema yang disediakan, disamping mengubah sendiri warna latar, jenis tulisan, dan sebagainya supaya mengikut citarasa dan pilihan anda. Anda turut sama boleh memilih rekabentuk peta minda anda, supaya disesuaikan dengan topik yang anda ingin catatkan dansebagainya.

Selain daripada itu, ia juga membolehkan anda menambah pelbagai perkara lain, termasuk gambar, ikon, dan juga komen untuk sesuatu isi. Perkara ini menjadikan peta minda yang dihasilkan lebih interaktif, dan sokongan menambah nota dan komen untuk sesuatu isi membolehkan anda menerangkan sesuatu isi itu dengan lebih lanjut lagi.

Muat-Turun

Mindomo didatangkan dengan sokongan pendaftaran sekiranya anda ingin sync fail dan peta minda anda ke web mereka. Namun, apa yang menariknya, anda juga turut sama boleh menggunakan aplikasi mereka tanpa sebarang pendaftaran dan bebas daripada sebarang iklan.

Sekiranya anda berminat mengujinya, boleh memuat-turun aplikasi Mindomo untuk desktop, ataupun untuk iPad dan Android anda hari ini, dan cubanya sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd