Cari @ Amanz

Lanjutan daripada ura-ura mengatakan Samsung bakal mengambil-alih Nokia sebelum ini, kini laman Reuters telah pun mendapatkan maklumbalas daripada pihak Samsung, sekaligus menolak dengan mengatakan ianya hanyalah spekulasi semata-mata dan laporan tersebut adalah tidak benar.


Gambar sekadar hiasan

Ura-ura berkaitan dengan pembelian Nokia oleh Samsung bukanlah kali pertama dilaporkan, dimana sebelum ini, pada tahun lepas perkara sama juga turut kedengaran.

Walaupun ianya benar-benar berlaku, ia tetap akan mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan pengambil-alihannya, ataupun gagal sepenuhnya, memandangkan biasanya ia akan mengambil masa yang lama untuk dipersetujui oleh pelbagai badan-badan besar. Untuk makluman, pengambil-alihan Motorola Mobility oleh Google sendiri telah mendapat pelbagai komen berbeza-beza daripada pelbagai pihak, sebelum ianya hanya selesai diambil-alih sepenuhnya pada tahun ini.

Dan dengan pihak Samsung yang menolak ura-ura ini, maka kini Samsung dan Nokia mungkin perlu kembali bersaing sepenuhnya. Samsung akhir-akhir ini, walaupun melabur pada pelbagai projek Linux, mereka juga memfokuskan pada Android sepenuhnya, dan berbeza dengan Nokia yang memfokuskan kepada Windows Phone dan juga peranti mampu milik melalui keluarga Nokia Asha.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd