(Menjelang WWDC) Apple Store Malaysia Ditutup Untuk Dikemaskini

(Menjelang WWDC) Apple Store Malaysia Ditutup Untuk Dikemaskini

Diterbitkan pada June 11, 2012 oleh .

Seperti biasa, dengan acara WWDC yang bakal diadakan dalam beberapa jam lagi, kini Apple Store Malaysia telah pun ditutup untuk urusan kemaskini. Dan menariknya untuk kali ini, ia membawakan rekabentuk baru untuk halaman notis, berbeza dengan rekabentuk sebelum ini.

Daripada ura-ura yang kedengaran sebelum ini, ia disasarkan Apple bakal memperkenalkan beberapa kemaskini untuk komputer riba mereka, disamping turut akan memperkenalkan OS X Mountain Lion dan juga iOS 6 kepada umum. Namun, pelancaran kedua-dua perisian itu masih tidak diketahui akan berlaku pada WWDC kali ini juga, ataupun perlu menantikan untuk beberapa bulan lagi.

Dan daripada rekabentuk baru untuk halaman notis “Akan Kembali” pada halaman Apple Store, adakah kita turut sama akan melihat kemaskini pada iTunes dan sebagainya malam kelak?


TIPS & ULASAN