Adakah Tablet Google Chrome OS Akan Hadir Ke Pasaran Tidak Lama Lagi?

Adakah Tablet Google Chrome OS Akan Hadir Ke Pasaran Tidak Lama Lagi?

Diterbitkan pada June 11, 2012 oleh .

ChromeOS sama seperti pelayar web Chrome, menerima kemaskini hampir setiap hari dan menambah satu demi satu fungsi baru padanya hari demi hari. Terkini, apabila dilihat pada halaman about:flags, ia kelihatan versi terkini ChromeOS turut sama membawakan sokongan input secara sentuhan untuk sistem operasi berasaskan awan daripada Google itu.


Konsep Awal ChromeOS Pada Tablet

Dengan penghasilan dengan demonstrasi komputer riba dengan sokongan sentuhan pada Computex baru-baru ini, fungsi ini semestinya salah satu perkara yang amat berguna. Namun, kini, spekulasi dibuat, mengatakan berkemungkinan Google bakal melancarkan tablet Chrome OS tidak lama lagi.

Memandangkan kebanyakkan pengguna menggunakan tablet untuk membaca dan mengakses kandungan atas-talian, termasuk untuk bersosial dan menyemak emel, berkemungkinan ianya merupakan salah satu perkara yang menarik untuk melihat tablet berasaskan awan ini daripada Google.

Namun, mungkinkah kita akan dapat melihatnya seawal Google I/O ini kelak? Ataupun adakah ianya hanya akan memfokuskan tablet Google Nexus daripada Asus sahaja?


TIPS & ULASAN