30 Billion Aplikasi Telah Dimuat-Turun Melalui AppStore Sejak 2008

30 Billion Aplikasi Telah Dimuat-Turun Melalui AppStore Sejak 2008

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Seperti biasa, Apple memulakan acara WWDC 2012 tahun ini dengan berkongsi beberapa statistik semasa berkaitan dengan mereka. Melaluinya, ia diketahui, kini terdapat sebanyak 400 juta akaun berdaftar untuk AppStore, meningkat daripada hanya 225 juta pada tahun lepas.

Dari segi aplikasi yang terdapat pada AppStore pula, kini ianya terdapat sebanyak 650,000 aplikasi, mendahului pelbagai kedai aplikasi yang lain. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 225,000 aplikasi adalah yang mengkhususkan dan dioptimasikan untuk tablet keluaran Apple, iaitu iPad.

Tim Cook turut berkongsi angka muat-turun mengatakan sejak AppStore dilancarkan pada tahun 2008, kini ia ditawarkan pada lebih 152 buah negara, dan para pengguna seluruh dunia telah memuat-turun sebanyak 30 billion aplikasi daripadanya.

Dari segi pembayaran pula, Apple mengatakan mereka telah membayar sebanyak lebih $5 billion kepada para pembangun mereka, dan angka tersebut meningkat dari hari ke hari.

Gambar oleh CNET


TIPS & ULASAN