Selain berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan AppStore, hari ini, Apple turut sama memperkenalkan kemaskini kepada keluarga MacBook Air, memperkenalkan model 11-inci dan 13-inci yang baru, didatangkan bersama-sama dengan pelbagai kemaskini spesifikasi baru padanya.
Melalui keluarga MacBook Air yang baru ini, ia menggunakan cip pemprosesan Ivy Bridge, membolehkan dengan sokongan Turbo Boost, ia membolehkan ia mencapai kelajuan sehingga 3.2GHz. Kedua-dua versi, iaitu 11-inci dan juga 13-inci akan didatangkan bersama-sama dengan sokongan USB 3.0, dan juga kamera hadapan dengan sokongan FaceTime sehingga 720p.
Ia bakal mula dijual di Amerika Syarikat bermula hari ini, dan masih tidak diketahui bagaimana dengan pasaran Malaysia buat masa ini, memandangkan Apple Store Malaysia masih belum boleh diakses buat masa ini.
Gambar oleh CNET