MacBook Pro Generasi Baru Dengan Paparan Retina Diperkenalkan

MacBook Pro Generasi Baru Dengan Paparan Retina Diperkenalkan

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Akhirnya, selepas pelbagai ura-ura mengenai MacBook Pro dengan paparan Retina kedengaran sebelum-sebelum ini, hari ini, Apple secara rasminya memperkenalkan MacBook Pro generasi baru dengan pelbagai spesifikasi yang menarik, dan semestinya dengan paparan Retina yang dinantikan ramai selama ini.

Melaluinya, dari segi paparan, ia membawakan paparan dengan resolusi 2880 x 1880 pada kadar ketumpatan pixel sehingga 220ppi. MacBook Pro generasi baru ini juga hanya setebal 0.71-inci, memudahkan anda untuk membawanya kemana-mana dengan mudah. Spesifikasi lain termasuk menggunakan cip pemprosesan empat-teras 2.7GHz Core i7, storan sehingga 768GB menggunakan SSD, RAM sehingga 16GB, kad grafik Kepler GT 650M, dan masa penggunaan bateri sehingga 7 jam.

Gambar oleh CNET


TIPS & ULASAN