40% Pengguna Mac Menggunakan Apple OS X Lion

40% Pengguna Mac Menggunakan Apple OS X Lion

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Selain berkongsi data dan statistik berkaitan dengan AppStore, Apple juga hari ini pada acara WWDC 2012 berkongsi beberapa statistik semasa berkaitan dengan sistem operasi perkomputeran mereka, iaitu OS X. Seperti semua sedia maklum, versi terkini adalah OS X Lion, selain daripada OS X Mountain Lion yang dalam pembangunan buat masa sekarang ini.

Sejak dilancarkan pada tahun lepas, kini OS X Lion digunakan oleh sebanyak 40% daripada pengguna sistem operasi tersebut, memperlihatkan pengguna OS X yang lebih aktif mengemaskini sistem operasi mereka berbanding yang lain.

Dari segi pengguna sokongan perkomputeran awan daripada Apple, kini ia diketahui Apple mempunyai lebih daripada 125 juta pengguna untuk iCloud. Secara keseluruhan, pengguna Mac kini berjumlah lebih daripada 66 juta pengguna, dimana angka tersebut terus meningkat dari hari ke hari.

Gambar oleh CNET


TIPS & ULASAN