Cari @ Amanz

Akhirnya, setelah integrasi Twitter diperkenalkan pada iOS 5 sebelum ini, kini melalui iOS 6, Apple membawakan integrasi laman sosial paling popular didunia kepada platform mudah-alih mereka, iaitu Facebook. Ia diintegrasikan secara menyeluruh, membolehkan anda mengemaskini Facebook terus daripada sebarang laman web atau aplikasi dengan mudah.

Pada masa yang sama, ia juga turut diintegrasikan pada AppStore, iTunes dan sebagainya, sekaligus memudahkan anda melihat aplikasi apakah yang digunakan oleh rakan anda dan sebagainya, melalui integrasi Like pada AppStore.

Aplikasi Photos dan juga Calendar turut menerima integrasi tersebut, membolehkan anda dengan mudah mengakses gambar, dan juga Facebook Events pada peranti iOS anda.

Dan semestinya perkara ini akan menimbulkan pelbagai pertanyaan berkenaan privasi dan sebagainya kelak. Namun, sebagai penyelesaian mudah, mungkin anda tidak perlu log masuk dan aktifkan sokongan Facebook sekiranya ingin menjaga privasi anda pada iOS.

Gambar oleh CNET

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd