Harga MacBook Pro Dengan Paparan Retina Bermula RM6799 Di Malaysia

Harga MacBook Pro Dengan Paparan Retina Bermula RM6799 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Pada hari ini, pihak Apple telah pun memperkenalkan komputer riba berkuasa tinggi terbaru mereka, iaitu MacBook Pro dengan paparan Retina. Pada masa yang sama, dengan pelancaran produk baru mereka, Apple turut sama telah mengemaskini Apple Store Malaysia, menawarkannya pada harga bermula RM6799 untuk pengguna tempatan.

Melalui model dengan paparan Retina ini, ia membawakan cip pemprosesan Core i7 dengan kebolehan Turbo Boost sehingga melebihi 3.3GHz, 8GB RAM, NVIDIA GeForce GT 650M, dan juga masa bertahan bateri sehingga 7 jam lamanya.

Daripada apa yang diperlihatkan pada Apple Store Malaysia, ia akan mula dihantar dalam tempoh seminggu dari tarikh tempahan, sekaligus memperlihatkan berkemungkinan ia akan berada di kedai pengedar rasmi Apple dalam masa kurang seminggu.


TIPS & ULASAN