Bukan Semua Fungsi iOS 6 Akan Boleh Digunakan Pada iPhone 3GS Dan iPhone 4

Bukan Semua Fungsi iOS 6 Akan Boleh Digunakan Pada iPhone 3GS Dan iPhone 4

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Pada awal pagi tadi, Apple secara rasminya telah pun mengumumkan iOS 6 yang mana bakal dilancarkan kepada umum sekitar bulan September atau Oktober kelak. Walaupun iPhone 3GS dan juga iPhone 4 bakal menerima kemaskini tersebut, beberapa fungsi yang didatangkan dengan iOS 6 tidak boleh digunakan pada peranti tersebut.

Salah satunya adalah sokongan peta. Walaupun pada iOS 6 kelak ia akan membawakan peta yang dibangunkan sepenuhnya oleh Apple, namun, sokongan navigasi (turn-by-turn) tidak boleh digunakan pada iPhone 3GS dan juga iPhone 4. Sokongan paparan 3D yang dipanggil Flyover juga turut sama tidak akan disokong pada kedua-dua peranti ini.

Perkara sama juga untuk Siri, dimana kedua-dua peranti ini tidak akan menerimanya, dan akan dijadikan eksklusif untuk iPad Baru dan juga iPhone 4S.

Pada masa yang sama, iPad generasi pertama yang dilancarkan pada tahun 2010 tidak akan menerima kemaskini iOS 6, salah satu perkara yang mungkin akan mengecewakan penggunanya di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN