HTC One S Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Hari Jumaat Ini

HTC One S Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Hari Jumaat Ini

Diterbitkan pada June 12, 2012 oleh .

Akhirnya, bagi para peminat HTC, kini HTC Malaysia telah pun mula menghantar jemputan media, memperlihatkan HTC One S bakal dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 15 Jun ini. HTC One S adalah antara peranti baru keluarga HTC yang menggunakan Android 4.0 dan juga HTC Sense 4.0 padanya.

Dari segi spesifikasi, ia membawakan cip pemprosesan dwi-teras antara 1.5GHz hingga 1.7GHz, memori sebanyak 1GB RAM, menggunakan kad-SIM mikro, ruangan storan terbina sehingga 16GB, dan juga kamera 8-megapixel bersama-sama dengannya.

Fungsi-fungsi lain seperti Beats Audio, sokongan HTC ImageSense dan sebagainya turut disertakan bersama, sama seperti yang terdapat pada HTC One V dan juga One X.

Buat masa ini, harga jualannya masih tidak diketahui, dan mungkin akan diumumkan pada hari pelancaran kelak.


TIPS & ULASAN