10 Carian Terhangat di Google Malaysia Sepanjang 1-6 Jun 2012

10 Carian Terhangat di Google Malaysia Sepanjang 1-6 Jun 2012

Diterbitkan pada June 13, 2012 oleh .

Sepanjang minggu lepas, carian di Google Malaysia dilihat lebih tertumpu kepada topik sekitar aktiviti setempat. Ia sememangnya antara perkara yang dicari-cari oleh para pengguna internet Malaysia.

Berikut merupakan carian terhangat di Google Malaysia sepanjang 1 Jun sehingga 6 Jun yang lepas:

1) Himpunan Hijau
Perhimpunan ini yang dijalankan oleh Parti politik PAS berjaya menarik minat ramai hadirin di Stadium Darul Aman

2) Lian Sze Nga
Banyak carian berkenaan beliau kerana terdapat gambar peribadi beliau yang tersebar di internet

3) Roland Garros / French open 2012
Peminat sukan tenis telah mencari maklumat dan kemaskini berkaitan pertandingan yang berprestij ini.

4) UTAR Web-Based Learning Environment
Ramai pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman telah mendaftar masuk ke portal universiti tersebut untuk memuat-turun bahan pembelajaran

5) Kapalai
Resort peranginan berhampiran Pulau Sipadan telah menarik minat penyelam dan pelancong

6) Piranha 3DD
Filem komedi-seram ini telah ditayangkan bermula 17 May

7) Prometheus
Filem fiksyen sains ini yang diarahkan oleh Ridley Scott telah menemui penonton di pawagam minggu lalu.

8 ) Kolej Komuniti
Ramai pengguna yang menyemak status permohonan mereka ke kolej tersebut

9) Pusat Sains Negara
Pusat Sains Negara telah melanjutkan waktu operasi mereka sepanjang cuti sekolah berikutan sambutan yang hangat bersempena pameran Dinosaurs Live! yang sedang berlangsung

10) Radiusite
Pengguna wanita bertudung mencari maklumat berkenaan stail fesyen terkini yang ditawarkan di laman web tersebut.


TIPS & ULASAN