Carian
Pelayar Web Chrome Dev Dengan Sokongan Metro Diperkenalkan
June 13, 2012 Aman

Seperti mana yang dinantikan, akhirnya hari ini saluran pembangunan Chrome Dev telah pun dikemaskini, membawakan sokongan antaramuka Metro untuk para pengguna Windows 8. Sekaligus ini menjadikan Chrome sebagai pilihan alternatif untuk Internet Explorer 10 dengan sokongan antaramuka Metro pada Windows 8.

Untuk mengaktifkan sokongan antaramuka Metro, para pengguna perlu menetapkan pelayar web Chrome sebagai pelayar web utama terlebih dahulu. Buat masa ini, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan awal, tiada sebarang perubahan dan beberapa sokongan Windows 8 masih belum boleh digunakan padanya.

Namun, beberapa perkara yang disokong termasuk menggunakan sokongan AppSnap, membolehkan menggunakan Chrome bersama aplikasi lain, selain sokongan Charm Bar dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mengujinya sendiri dengan memuat-turun Chrome Dev hari ini. Mungkin kita akan dapat melihat sokongan Metro diperkenalkan pada versi stabil tidak lama lagi.

Komen