Nokia Lumia 900 Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia – Berharga RM1799

Nokia Lumia 900 Dilancarkan Secara Rasminya Di Malaysia – Berharga RM1799

Diterbitkan pada June 13, 2012 oleh .

Nokia Lumia 900 merupakan salah satu peranti dengan spesifikasi tinggi dijana menggunakan Windows Phone, disamping pada masa yang sama tahan lasak, dan telah mula dijual di Malaysia sejak penghujung minggu lepas. Dan kini, Nokia Malaysia sendiri telah mengesahkan ianya telah pun dilancarkan secara rasminya, dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Nokia seluruh negara.

Nokia Lumia 900 dijual pada harga RM1799 di Malaysia, menawarkan skrin sentuh seluas 4.3-inci, cip pemprosesan 1.4GHz, kamera belakang 8-megapixel, dan juga bateri 1830mAh padanya. Ia turut didatangkan bersama-sama dengan kamera hadapan yang berkualiti tinggi, membolehkan anda membuat panggilan video dengan mudah melaluinya.

Aplikasi khas Nokia, seperti untuk navigasi dan juga Nokia Maps turut disertakan bersama dengannya. Menariknya, ia turut didatangkan bersama-sama sokongan Internet Tethering padanya, dimana fungsi tersebut dijangka akan diperkenalkan untuk pengguna Lumia 800 dan Lumia 710 tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh ke mana-mana Nokia Store, dan mencubanya sendiri, sebelum membuat keputusan untuk membelinya.


TIPS & ULASAN