Cari @ Amanz

Windows Phone 8 Bakal Membawakan Integrasi Skype Dan Nokia Maps?

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan berakhirnya sesi utama WWDC 2012, kini mungkin kita sudah boleh memfokuskan kepada acara pengenalan Windows Phone 8 yang bakal diadakan oleh Microsoft pada minggu hadapan. Dan ura-ura awal mula kedengaran, mengatakan integrasi Skype dan Nokia Maps bakal diperkenalkan padanya.

Melalui apa yang kedengaran, ia diperkatakan Windows Phone 8 kelak akan mengantikan Bing Maps sedia ada dengan Nokia Maps, sekaligus menawarkan pelbagai sokongan terbina, seperti navigasi 3D dan sebagainya melalui Nokia Maps. Mungkin juga perkara ini ada benarnya, memandangkan data daripada Nokia Maps telah pun sedia diintegrasikan pada Bing Maps. Namun, semestinya sekiranya benar, Nokia perlu hadir dengan lebih banyak fungsi eksklusif untuk pengguna Lumia mereka.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang dikatakan adalah sokongan integrasi Skype pada platform mudah-alih tersebut dengan lebih mendalam, dimana akan dihubungkan terus ke buku alamat. Perkara ini akan memudahkan para pengguna membuat panggilan menggunakan Skype, samaada melalui WiFi mahupun 3G.

Windows Phone 8 dengan nama kod Apollo ini dijangka akan diperkenalkan oleh Microsoft melalui sebuah acara khas pada minggu hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


Komen ()