Cari @ Amanz

Facebook, sebagai laman sosial paling popular dunia, kini terus memperkenalkan pelbagai perkara baru dalam terus menambah kandungan pada laman mereka. Terkini, Facebook telah pun melancarkan plugin khas untuk pengguna WordPress, membolehkan mereka menjadikan pemasangan WordPress lebih sosial berbanding sebelumnya dengan mudah.

Melalui plugin sosial untuk WordPress ini, ia mengintegrasikan pelbagai sokongan yang boleh diaktifkan oleh para pengguna dengan mudah melalui halaman tetapan plugin tersebut. Antaranya adalah termasuk:

  1. Butang Like, Send dan Subscribe.
  2. Sokongan Facebook Comment yang mesra SEO.
  3. Bar recommendation, membolehkan para pembaca melihat apakah yang dibaca oleh rakan-rakan mereka pada laman tersebut.

Pada masa yang sama, ia turut membawakan sokongan widget, membolehkan anda menambahnya dengan mudah pada laman WordPress mereka.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun plugin rasmi Facebook untuk WordPress hari ini, ataupun membaca lebih lanjut mengenainya di halaman pembangun Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd