Apple Bakal Mematikan Laman Sosial Mereka – Ping!?

Apple Bakal Mematikan Laman Sosial Mereka – Ping!?

Diterbitkan pada June 13, 2012 oleh .

Ingatkah lagi salah satu rangkaian sosial daripada Apple, iaitu Ping? Seperti semua sedia maklum, sokongan sosial Ping telah pun disertakan sehingga sekarang melalui iTunes, namun, ia kini dilaporkan Apple bakal mematikannya pada kemaskini iTunes akan datang.

Ia diperkatakan, Ping bakal mematikannya, dan menggantikan integrasi Twitter dan Facebook mendalam padanya. Seperti dapat dilihat pada laman Apple Store sendiri, integrasi Twitter dan Facebook telah disertakan, apatah lagi pada iOS dan juga OS X.

Sejak daripada dilancarkan Ping, ia boleh dikatakan sambutan yang diterima agak kurang berbanding laman-laman sosial yang lain. Dan mungkin selain daripada mematikan Ping, Apple juga diperkatakan akan memperkenalkan rekabentuk iTunes yang baru tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN