Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan halaman Good To Know dalam bahasa Inggeris sebelum ini, hari ini sebagai sebahagian daripada kempen untuk mendidik para pengguna tempatan mengenai keselamatan internet, Google Malaysia turut sama melancarkan laman tersebut dalam bahasa Malaysia.

Selain daripada bahasa Malaysia, Google turut sama menawarkannya dalam lebih 30 bahasa berbeza, membolehkan pengguna seluruh dunia memahami dan mendapatkan pelbagai tips keselamatan atas-talian dan langkah keselamatan terbaik yang disediakan oleh Google sendiri.

Namun salah satu kekurangan yang dapat dilihat adalah dimana beberapa penggunaan bahasa Malaysia yang kurang menarik, dan dilihat diterjemaah menggunakan komputer dan tidak mesra dan mengikut standard tempatan. Mungkin perkara ini akan diperbaiki mereka pada masa akan datang.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh merujuk kepada laman Good To Know dalam Bahasa Malaysia hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd