Cari @ Amanz

Umum mungkin sedia maklum akan sokongan aplikasi Android pada PlayBook dengan menggunakan Android App Player. Namun bagaimanakah dengan aplikasi iOS? Kini, salah seorang pembangun memperlihatkan sokongan menjalankan aplikasi iOS pada BlackBerry PlayBook.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada ke semua aplikasi untuk iOS boleh dijalankan melaluinya atau hanya beberapa aplikasi yang terpilih sahaja.

Selain daripada pada BlackBerry PlayBook, pembangunnya juga turut sama memuat-naik sebuah video, memperlihatkan sokongan menjalankan aplikasi iOS pada sistem operasi Windows.

Buat masa ini, pembangunnya masih belum berkongsi akan maklumat mengenai bagaimanakah menjalankan aplikasi iOS pada BlackBerry PlayBook mahupun pada Windows, sekaligus menjadikan ramai yang masih sukar mempercayai perkara ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd