Carian
Pandang Pertama : Nokia 808 PureView (41-Megapixel)
June 13, 2012 Aman

Sejak diumumkan pada Mobile World Congress tempoh hari, semestinya ramai yang menantikan peranti ini di pasaran tempatan. Nokia 808 PureView telah pun mula dijual di pasaran Malaysia pada harga RM1899 sejak daripada minggu lepas, dan mungkin disebabkan stok yang terhad, beberapa Nokia Store sudah kehabisan stok untuknya.

Melalui Nokia 808 PureView, ia membawakan cip pemprosesan 1.3GHz ARM 11, 512MB RAM, ruangan storan terbina sebanyak 16GB, skrin sentuh seluas 4.0-inci, dan membawakan pelbagai sokongan asas yang lain pada sistem operasi Nokia Belle OS. Menariknya pada peranti ini adalah dimana ia membawakan sensor kamera 41-megapixel dengan optik Carl Zeiss padanya.

Melalui ujian ringkas yang kami lakukan pada set ujian di Nokia Store, peranti tersebut kelihatan agak tebal berbanding trend semasa yang membawakan telefon pintar bersaiz nipis. Perkara ini berkemungkinan adalah kerana sensor kamera yang terdapat padanya yang bersaiz besar.

Gambar yang dirakamkan juga amat berkualiti tinggi, apabila di zoom, kualitinya dikekalkan, membolehkan anda melihat pelbagai perkara dengan terang melaluinya. Perkara sama juga pada video yang dirakamkan menggunakannya.

Buat masa ini, kami masih tidak dapat menguji sepenuhnya. Namun daripada apa yang diperlihatkan, sekiranya anda gemar dan menggunakan telefon pintar anda sepenuhnya untuk merakamkan gambar dan video, mungkin ini adalah salah satu peranti yang baik untuk anda.

Komen