Cari @ Amanz

Salah satu sistem pengurusan kandungan yang popular atas-talian adalah WordPress. Hari ini, pembangun disebalik aplikasi sumber terbuka itu telah pun melancarkan secara rasminya WordPress 3.4 “Green” kepada umum, sekaligus menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya.

Melalui WordPress 3.4 ia membawakan pelbagai sokongan baru bersama-sama dengannya, sekaligus memudahkan anda mengubah-suai rekabentuk laman blog anda mengikut citarasa anda. Antara fungsi yang membawa kepada sokongan perkara ini adalah termasuk sokongan Theme Customization dan Custom Headers.

Untuk menyertakan Tweet juga, kini lebih dipermudahkan berbanding sebelumnya. Dan untuk pembangun pula, WordPress 3.4 mempawakan pelbagai kemaskini baru, dan penambah-baikkan kepada sokongan API dan juga WP_Query.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan menaik-taraf pemasangan WordPress 3.4, disamping menggunakan pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd