Samsung Bakal Memperkenalkan Laman Sosial Tersendiri?

Samsung Bakal Memperkenalkan Laman Sosial Tersendiri?

Diterbitkan pada June 14, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada pengeluaran peralatan elektrik, Samsung juga ingin memfokuskan pada perisian akhir-akhir ini, Selepas memperkenalkan pelbagai aplikasi tersendiri seperti S-Voice, ChatOn, selain menyertai Linux Foundation baru-baru ini, kini ia diperkatakan Samsung bakal melancarkan laman sosial mereka tersendiri pada tahun hadapan.

Perkara ini dilaporkan oleh The Korea Times, mengatakan Samsung bakal melancarkan perkhidmatan sosial seumpama Faebook pada awal tahun hadapan. Ia masih tidak diketahui sama ada ianya benar ataupun sebaliknya.

Sekiranya ianya adalah benar, maka kelak mungkin kita akan dapat melihat pelbagai peralatan elektrik daripada Samsung menyertakan sokongan sosial mereka tersendiri. Namun, persoalannya, adakah orang ramai akan menggunakannya, memandangkan aplikasi permesejan mereka sendiri, iaitu ChatON masih kurang mendapat sambutan buat masa ini.


TIPS & ULASAN