Carian
Google Play Store Kini Sedia Dilayari Dalam Bahasa Malaysia
June 14, 2012 Aman

Satu demi satu produk Google mula menerima sokongan bahasa Malaysia akhir-akhir ini. Setelah YouTube, kini Google Play Store (dahulu dikenali sebagai Android Market) turut sama kini memaparkannya dalam bahasa Malaysia apabila pengguna tempatan melayarinya.

Kami tidak begitu pasti sejak bilakah perkara ini diperkenalkan. Namun, melalui pilihan bahasa pada Google Play Store, pilihan bahasa Malaysia masih belum disertakan buat masa ini.

Penggunaan bahasa Malaysia disasarkan untuk memudahkan para pengguna mendapatkan dan membeli aplikasi Android dengan mudah melaluinya. Walaubagaimanapun, terjemahan yang dilakukan masih tidak menyeluruh, dimana keterangan aplikasi dan sebagainya masih dikekalkan sepertimana ditulis oleh pembangun aplikasi tersebut. Namun ruangan lain, seperti statistik, dan panel pemasangan telah pun diubah dengan menyertakan sokongan bahasa Malaysia.

Pada masa yang sama, sokongan ini hanya diperkenalkan untuk pengguna destkop sahaja buat masa ini, dan mungkin akan hadir untuk peranti mudah-alih Android tidak lama lagi. Untuk melihatnya sendiri, mungkin anda boleh melayari laman Google Play Store.

Komen