Pandang Pertama : Pencetak Laser Dan Pengimbas Samsung SCX-3405FW

Pandang Pertama : Pencetak Laser Dan Pengimbas Samsung SCX-3405FW

Diterbitkan pada June 14, 2012 oleh .

Boleh dikatakan terdapat ratusan pencetak daripada pelbagai jenama pada masa sekarang ini, dan salah satunya adalah daripada Samsung sendiri, iaitu SCX-3405FW. Melaluinya, ia bukan sahaja membawakan sokongan pencetak, malah turut menyertakan sokongan pengimbas bersama-sama dengannya.

Menariknya pada Samsunx SCX-3405FW adalah dimana ia menyertakan sokongan Eco Mode sekaligus membawakan penjimatan kepada pencetakan. Sebagai memudahkan pengguna, ia menawarkan pencetakan depan-belakang pada sesuatu helaian kertas, untuk menjimatkan penggunaan kertas padanya.

Dari segi saiz, ia boleh dikatakan SCX-3405FW ini amat sesuai dengan ruangan yang kecil. Apatah lagi memandangkan ianya membawakan sokongan pengimbas dan pencetak pada satu peranti, maka sekaligus ia boleh menjimatkan ruang penggunaan di pejabat mahupun di rumah.

Mengikut spesifikasi pula, ia merupakan pencetak monochrome, menawawrkan kelajuan sehingga 20ppm. Ia juga membawakan sokongan USB dan juga WiFi padanya, serta menyertakan sokongan percetakan dengan pantas melalui peranti mudah-alih. Saiz kertas maksimum yang disokong padanya adalah hanya A4. Dari segi berat keseluruhan pula, ianya hampir kepada 7kg beratnya.

Dalam beberapa hari lagi kami akan buat ulasan penuh berkaitan pencetak dan pengimbas ini. Dan sekiranya anda terdapat sebarang soalan, jangan lupa tinggalkannya pada bahagian komen, dan kami akan cuba menjawabnya melalui ulasan penuh kelak.


TIPS & ULASAN