Cari @ Amanz

Bagi para peminat peranti BlackBerry tempatan, akhirnya setelah sekian lama dinantikan, selepas pelancaran beberapa peranti dari keluarga Curve beberapa minggu sebelum ini, kini BlackBerry Malaysia bakal melancarkan peranti BlackBerry Porsche Design P’9981 pada minggu hadapan.

Melaluinya, selain daripada rekabentuk yang menarik, ia turut didatangkan bersama-sama spesifikasi yang menarik, dimana menggunakan cip pemprosesan 1.2GHz, memori sebanyak 768MB RAM, kamera 5-megapixel dengan sokongan rakaman HD pada 720p, integrasi GPS, serta sokongan NFC terbina padanya. Dari segi skrin pula, ia membawakan paparan 640×480 dengan 287PPI pada skrin seluas 2.8-inci.

Harganya masih tidak diketahui buat masa ini, dan dijangka akan diumumkan pada acara pelancaran minggu hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd