Carian
Mozilla Marketplace Dilancarkan Dalam Bentuk Ujian Tertutup
June 14, 2012 Aman

Mozilla yang popular dengan pelayar web Firefox mempunyai pelbagai perancangan sepanjang tahun ini, dan salah satu yang diumumkan pada awal tahun ini adalah Mozilla Marketplace. Hari ini, ianya dilancarkan kepada beberapa pengguna Mozilla dalam bentuk beta tertutup sebelum ianya dilancarkan kepada umum tidak lama lagi.

Melalui Mozilla Marketplace, apa yang menariknya, berbeza dengan Chrome WebStore, ia membolehkan para pengguna memasang aplikasi seumpama aplikasi PC biasa, dan menguruskannya melalui panel pengurusan untuk PC.

Setiap aplikasi yang dipasang melalui Mozilla Marketplace juga membolehkan para pengguna menggunakannya seperti aplikasi desktop biasa, dimana pelbagai menu biasa yang terdapat pada Firefox dan sebagainya.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui bilakah ianya akan dibuka kepada umum. Dari ujian ringkas yang kami lakukan, ia memerlukan para pengguna mempunyai akaun BrowserID untuk menggunakannya.

Komen