Bagaimana Menggunakan iOS 6 Beta 1 Pada iPhone dan iPad?

Bagaimana Menggunakan iOS 6 Beta 1 Pada iPhone dan iPad?

Diterbitkan pada June 14, 2012 oleh .

Seperti semua sedia maklum, pada awal minggu ini, Apple telah pun memperkenalkan iOS 6 Beta kepada para pembangun pada acara tahunan WWDC mereka. Namun, kini sekiranya anda ingin mencubanya sendiri, boleh melakukannya tanpa memerlukan UDID dan sebagainya.

Dan sebelum memulakannya, hendaklah sedia maklum akan yang mana perkara ini tidak disokong oleh Apple, memandangkan ianya dikhaskan untuk para pembangun sahaja. Malah, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat beta, mungkin terdapat pelbagai masalah dan kekurangan padanya.

Sekiranya anda sedia ketahui semua ini, dan ingin meneruskannya, maka anda boleh memuat-turun iTunes 10.6.3, dan memasangnya pada komputer anda. Buat salinan pendua untuk data-data yang terdapat pada peranti anda untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Muat-turun fail iOS 6 Beta 1 mengikut spesifikasi peranti anda. Ianya bersaiz hampir 800MB, maka mungkin akan mengambil sedikit masa yang lama untuk selesai dimuat-turun fail yang berformat .ipsw itu.

Selesai sahaja memuat-turunnya, sambungkan peranti anda kepada iTunes. Pada komputer Windows, tekan pada kekunci Shift, sambil klik pada butang “Check for Update”, manakala pada Mac OS X, tekan pada kekunci Option sambil klik pada butang “Check for Update”. Pada kotak dialog seterusnya, anda akan diminta untuk memilih fail IPSW. Pilih fail yang dimuat-turun sebentar tadi dan mulakan proses menaik-taraf.

Dalam beberapa belas minit, proses menaip-taraf akan selesai, sekaligus membolehkan anda menggunakan iOS 6 Beta melaluinya.

Namun, seperti dimaklumkan pada awal, perkara ini tidak disokong oleh Apple, dan anda perlu lakukannya atas risiko sendiri.

Apple dijangka akan memperkenalkan iOS 6 kepada para pengguna iPhone 3GS, iPhone 4, iPhone 4S, iPad 2, iPad 3 dan iPod Touch 4 dalam bulan September atau Oktober kelak.

Tutorial awal daripada Eins.


TIPS & ULASAN