Industri Jual-Beli Atas-Talian Di Malaysia Akan Bernilai RM5.76 Billion Menjelang 2015

Industri Jual-Beli Atas-Talian Di Malaysia Akan Bernilai RM5.76 Billion Menjelang 2015

Diterbitkan pada June 14, 2012 oleh .

Dengan arena internet yang semakin mendapat perhatian ramai, industri jual-beli atas talian turut sama menerima kesan positif, dimana ia disasarkan industri jual-beli atas-talian di internet bakal meningkat menjadi RM2.71 billion pada penghujung tahun ini, berbanding dengan RM1.97 billion pada tahun lepas.

Angka ini dikeluarkan oleh laporan PayPal Online yang dijalankan oleh Nielsen, sekaligus memperlihatkan ramalan yang mana industri ini akan meningkat sehingga 3 kali ganda menjelang tahun 2015, sekaligus berharga sekitar RM5.76 billion pada masa itu.

Daripada laporan sama yang dikeluarkan, perkara yang paling banyak dibeli melalui atas talian oleh pengguna tempatan adalah tiket penerbangan, dan diikuti dengan insuran dan aksesori serta barangan fesyen.

Dengan internet yang beroperasi 24 jam setiap hari, ia membolehkan para pengguna tempatan membuat pembelian pada bila-bila masa menggunakan laptop mahupun peranti mudah-alih mereka.

Akhir-akhir ini juga kelihatan pelbagai nama besar hadir ke Malaysia membuka cawangan di Malaysia dimana yang paling terkini adalah Rakuten. Pada masa yang sama, Rocket Internet dari Jerman terus aktif membuka pelbagai laman memfokuskan kepada jual-beli dan pasaran tempatan.

Mungkin dalam masa terdekat kelak, kita akan dapat melihat lebih banyak laman seumpamanya muncul, memfokuskan kepada industri jual-beli di Malaysia.


TIPS & ULASAN