Cari @ Amanz

Nampaknya, selain daripada DiGi, Celcom dan juga Maxis, pihak UMobile juga bakal menawarkan peranti Android terkini daripada Samsung, iaitu Galaxy S3. Harga dan pakej jualan masih belum dikeluarkan oleh pihak UMobile, dan mereka hanya sekadar mengeluarkan halaman pendaftaran minat sahaja buat masa ini.

Melalui Samsung Galaxy S3, seperti semua sedia maklum, ia membawakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin seluas 4.8-inci Super AMOLED, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz Exynos. Ia dijual pada harga RM2199 di Malaysia, dimana turut didatangkan bersama-sama beberapa fungsi khas seperti SmartStay dan juga S-Voice.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya melalui UMobile, boleh mendaftarkan minat hari ini, dan akan dihubungi oleh pihak UMobile pada 29 Jun kelak untuk mendapatkan telefon Galaxy S3 anda. Sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Galaxy S3, mungkin boleh membaca ulasan yang disediakan oleh kami sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd