Filter Mania 2 Membawakan Lebih 300 Efek Gambar Untuk Pengguna iOS

Filter Mania 2 Membawakan Lebih 300 Efek Gambar Untuk Pengguna iOS

Diterbitkan pada June 14, 2012 oleh .

Terdapat pelbagai aplikasi yang menawarkan para pengguna untuk menambah efek pada gambar yang dihasilkan mereka, seperti Instagram. Dan salah satunya adalah Filter Mania. Dengan populariti Instagram yang terus meningkat, kini Filter Mania tanpa mengalah, terus mengemaskini aplikasi mereka, menawarkan lebih 300 filter kepada para pengguna.

Ia juga turut disertakan dengan pelbagai perkara menarik lain, menjadikan gambar yang dihasilkan melaluinya lebih artistik. Filter Mania 2 turut sama mengintegrasikan pelbagai sokongan sosial, termasuk sokongan perkongsian ke Twitter, Facebook, Instagram dan juga Flickr.

Bersempena dengan pelancaran mereka pada minggu ini, Filter Mania 2 ditawarkan secara percuma kepada semua. Jadi, sekiranya anda ingin mencuba ataupun mengujinya, boleh memuat-turun terus daripada AppStore, dan membandingkannya sendiri bersama pelbagai aplikasi lain dengan fungsi yang serupa.


TIPS & ULASAN