Cari @ Amanz

Kadangkala anda ingin berkongsi paparan skrin sesuatu permainan bersama rakan-rakan, mahupun membuat ulasan berkaitan dengannya yang memerlukan untuk merakamkan gambar skrin. Untuknya terdapat beberapa aplikasi popular seperti Fraps dan lain-lain, dan pada kali ini, kami ingin memfokuskan kepada TAKSI, salah satu aplikasi sumber terbuka yang diinspirasikan daripada Fraps.

Seperti semua sedia maklum, Fraps merupakan aplikasi berbayar, yang membawakan sokongan merakamkan gambar skrin yang menarik. Dengan konsep sama, TAKSI turut dibangunkan, membolehkan anda merakamkan video mahupun gambar sesuatu aplikasi dengan hanya menekan satu kekunci sahaja pada papan kekunci anda.

Sebagai tetapan asas, Taksi menetapkan F9 untuk merakamkan gambar manakala F6 untuk mula merakamkan video.

Memandangkan ianya sememangnya dibangunkan untuk merakamkan permainan video pada komputer, maka untuk menggunakannya ianya amat mudah, dimana para pengguna hanya perlu memulakannya, dan kemudian membuka permainan mereka. Taksi akan secara automatik mengenalpasti dan mula merakamkan gambar sebaik sahaja anda menekan kekunci yang ditetapkan.


Fail paparan skrin dinamakan mengikut nama aplikasi, tarikh dan masa.

Taksi ini ditawarkan secara percuma, dan menggunakan lesen sumber terbuka. Walaupun perisian ini telah tidak dibangunkan untuk beberapa tahun, namun masih beroperasi dengan lancar pada Windows 7, dan merakamkan pelbagai permainan terkini dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd