Permainan Pada Google+ Tidak Mendapat Sambutan? EA Mematikan Permainan Bejeweled Blitz

Permainan Pada Google+ Tidak Mendapat Sambutan? EA Mematikan Permainan Bejeweled Blitz

Diterbitkan pada June 15, 2012 oleh .

Ia boleh dikatakan daripada pandangan kasar kami, Google+ digunakan oleh kebanyakkan pembangun aplikasi, dan mereka yang gemarkan perkara berkaitan teknologi. Namun, kelihatan permainan sosial padanya tidak mendapat perhatian ramai, dengan beberapa pembangun kini mematikan sokongan pada Google+ bermula minggu ini.

Antaranya adalah Wooga dan juga Electronic Arts melalui permainan daripada PopCap iaitu Bejeweled Blitz. Perkara ini sekiranya merupakan permulaan, mungkin lebih banyak syarikat besar akan menarik diri dan tidak membangunkan permainan padanya.

Buat masa ini, permainan popular yang lain masih kekal lagi termasuk daripada Zynga dan juga Rovio iaitu Angry Birds.

Walaubagaimanapun, Electronic Arts dikatakan akan terus membangunkan permainan untuk platform Google, dan ramai mensasarkan jawapan daripada EA itu lebih merujuk kepada aplikasi Android dan Chrome, dan bukannya Google+.


TIPS & ULASAN